Wednesday, November 6, 2024
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gempa bumi 5.3 magnitud gegar Myanmar

    YANGON, 11 OKT – Gempa bumi berukuran 5.3 magnitud menggegarkan bahagian tengah Myanmar pada kira-kira jam 11:10 pagi waktu tempatan hari ini, lapor Jabatan Meteorologi dan Hidrologi (DMH) negara itu.

    Menurut DMH, pusat gempa tersebut ditentukan berada 8 kilometer (km) ke barat daya bandar Thabeikkyin di Wilayah Mandalay.

    Gempa bumi, dengan kedalaman 10 km, pada mulanya ditentukan pada 22.85 darjah latitud utara dan 95.91 darjah longitud timur, kata DMH. – Xinhua

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda