MANILA, 23 MEI – Gempa bumi luar pesisir dengan magnitud berukuran awal 5.5 telah melanda wilayah barat Davao di selatan Filipina hari ini, menurut Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina (Phivolcs).
Institut itu berkata gempa bumi itu melanda sekitar jam 10:02 pagi waktu tempatan, menggegarkan pada kedalaman 113km, sekitar 235km tenggara bandar Jose. Gegaran itu juga dapat dirasakan di bandar Kiamba di wilayah kejiranan Sarangani. – Xinhua