SYDNEY, 17 April – Gempa bumi berukuran 5.7 magnitud melanda barat laut pulau Pasifik negeri Vanuatu hari ini, menurut Kajian Geologi AS (USGS), namun tiada korban jiwa atau kemusnahan telah dilaporkan.
Gempa bumi yang melanda pada kedalaman 20 kilometer (12.4 batu) dan kira-kira 250 kilometer barat laut pulau Santo, Vanuatu, adalah yang pertama dilaporkan berukuran 6 magnitud sebelum dikurangkan oleh USGS.
Tiada amaran tsunami telah dikeluarkan.
Vanuatu adalah sebahagian daripada ‘Lingkaran Api’, sebuah zon aktiviti tektonik sekitar Pasifik yang tertakluk kepada ledakan gunung berapi dan gempa bumi. – AFP