Gempa bumi 6.0 skala Richter gegar Iwate

TOKYO, 6 OKT – Gempa bumi berukuran 6.0 pada skala Richter melanda wilayah Iwate Jepun hari ini, lapor agensi berita Xinhua memetik Agensi Meteorologi Jepun (JMA).

Gempa berlaku kira-kira 2:46 pagi waktu tempatan, dengan pusat garis lintang 40.0 darjah utara dan 142.4 darjah timur pada kedalaman 50 kilometer.

Setakat ini tiada amaran tsunami dikeluarkan. – Bernama