SYDNEY, 9 FEB – Gempa bumi berukuran 6.2 magnitud telah melanda Papua New Guinea (PNG) hari ini, kata Jabatan Geologi Amerika Syarikat (USGS), namun tiada amaran tsunami dikeluarkan mahupun laporan kemusnahan.
Gempa berlaku pada jam 4 petang waktu tempatan pada kedalaman 31km, kira-kira 122km selatan Kokopo, bandar wilayah East New Britain PNG, kata USGS.
Ahli seismologi Geosains Australia, Trevor Allen berkata komuniti pesisir dekat pusat gempa mungkin akan merasakan ‘gegaran kuat’ ketika getarannya dekat ke pesisir.
Namun, katanya, kawasan itu mempunyai ramai penduduk dan rekaan bangunan yang fleksibel membantu mengurangkan pendedahan kepada kerosakan akibat gempa. – AFP




























