MANILA, 25 DIS – Gempa bumi berukuran 6.2 Skala Richter melanda Filipina hari ini, menurut Jabatan Geologi Amerika Syarikat (USGS), dengan penduduk di ibu negara merasakan bangunan bergegar, namun tiada laporan kerosakan diterima setakat ini.
Gempa bumi itu menggegarkan wilayah Batangas di pulau besar Luzon pada kedalaman 108km pada jam 7:43 pagi waktu tempatan.
Di bandar pesisir Calatagan, kira-kira 90km ke selatan Manila dan berhampiran pusat gempa, orang ramai tetap tenang ketika gempa melanda, Ketua Polis, Mejar Carlo Caceres memberitahu AFP.
Walaupun aktiviti dalam gereja terhenti sementara, orang ramai tidak panik,” kata Caceres. “Kawasan ini sering dilanda gempa dan penduduk sudah biasa dengan keadaan ini.” Tiada laporan mengenai kerosakan atau kemalangan jiwa di daerah itu, katanya.
Filipina terletak di Lingkaran Api Pasifik, sebuah lengkungan aktiviti gempa yang kuat, merentangi dari Jepun melalui Asia Tenggara dan di seluruh lembah Pasifik. – AFP






























