Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Gempa bumi 6.6 magnitud gegarkan Cyprus

    PAPHOS, CYPRUS, 11 JAN – Gempa bumi berukuran 6.6 pada skala Richter melanda pantai barat Cyprus kelmarin, Jabatan Geologi Amerika Syarikat (USGS) berkata, tetapi tiada laporan mengenai kematian atau kerosakan struktur.

    Gempa bumi kuat dan agak cetek itu berpusat 48 kilometer barat-barat laut bandar Polis di pulau Mediterranean, kata USGS.

    Gegaran itu dirasai di seluruh Cyprus dan sekitar rantau ini dengan laporan dari sejauh Turki, Israel dan Lubnan, menurut USGS.

    Ia menggegarkan bangunan di ibu negara Nicosia, 130 kilometer jauhnya, di mana beberapa penduduk keluar ke jalan raya.

    “Ia menakutkan. Seluruh bangunan bergegar tanpa henti,” kata seorang penduduk Nicosia kepada AFP. “Saya fikir ia tidak akan berakhir.”

    Polis Cyprus memberitahu AFP tiada laporan kecederaan atau kerosakan struktur serius akibat gempa itu, tetapi ia menyedarkan orang ramai di seluruh pulau tersebut.

    “Ia adalah gempa bumi yang sangat kuat,” kata Marinos Lambrou, datuk bandar Pegeia, sebuah bandar pantai berhampiran pusat gempa. “Kami tidak biasa dengan gempa bumi seperti itu.

    “Penduduk dalam keadaan ketakutan. Kami berharap tidak akan berlaku gegaran susulan. Nasib baik tiada kerosakan, keadaan selamat dan kami tidak mencatatkan kecederaan.” – AFP

    Gempa bumi berukuran 6.6 pada skala Richter melanda pantai barat Cyprus kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...