Saturday, October 5, 2024
26.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gempa bumi 6.6 magnitud landa Guatemala

    BANDAR GUETEMALA, 14 Jun – Gempa bumi berukuran 6.6 magnitud telah melanda barat Guatemala berhampiran sempadan Mexico awal hari ini, mengakibatkan bekalan tenaga putus, kemusnahan kecil pada bangunan-bangunan dan mencederakan seorang, menurut laporan awal, kata pegawai.

    Tidak ada amaran mengenai tsunami. Gempa bumi berlaku pada jam 1:29 pagi (0729 GMT), berpusat 156 kilometer barat Bandar Guatemala di wilayah San Marcos, menurut Institut Seismologi.

    Manakala Kajian Geologi AS (USGS) secara berasingan, mengukur gempa bumi itu 6.9 magnitud.

    Gegaran dapat dirasakan di seluruh negara, termasuk di bandarnya, kata Koordinator Kebangsaan bagi Pengurusan Bencana Guatemala.

    “Kerosakan sederhana dilaporkan di rumah-rumah di kawasan barat daya dan bekalan elektrik juga putus di beberapa bahagian negara itu,” kata jurucakap agensi, Julio Sanchez, menambah bahawa kejutan lanjur 5.6 magnitud melanda di seluruh sempadan Mexico beberapa minit selepas gempa bumi pertama. Seorang dilaporkan cedera di kampung San Sebastian, barat daya Guatemala selepas sebuah gereja lama runtuh, kata agensi.

    Presiden Jimmy Morales dalam mesej Twitternya berkata ‘bertenang dan berwaspada dengan kemungkinan berlakunya kejutan lanjur’. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda