Saturday, December 7, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gempa bumi 6.6 pada skala richter landa selatan Filipina

    MANILA, 26 SEPT – Gempa bumi luar pesisir berukuran 6.6 pada skala Richter menggegarkan selatan Filipina pada Selasa, lapor Xinhua.

    Gempa bumi yang berlaku pada 9:39 pagi waktu tempatan itu melanda pada kedalaman 122 kilometer (km), kira-kira 434 km tenggara Pulau Balut di bandar Sarangani, menurut Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina.

    Gempa tektonik itu dijangka mencetuskan gegaran susulan tetapi tiada ancaman tsunami direkodkan.

    Kepulauan Filipina memiliki aktiviti seismik yang kerap ekoran kedudukannya di sepanjang ‘Ring of Fire’ Pasifik. – Bernama

    – Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda