BANDAR DAVAO, Filipina, 23 April – Gempa bumi sederhana berukuran 5.1 magnitud menggoncangkan sebahagian selatan Filipina pagi tadi, kata seismologi kerajaan.
Gempa bumi tektonik itu melanda sekitar 9:19 pagi waktu tempatan, dengan pusat gempa kira-kira 22km timur Bandar Tandag, di wilayah Surigao del Sur, Mindanao pada kedalaman 28km, kata Institut Vulkanologi dan Seismologi (Phivolcs) Filipina.
Kajian Geologi AS menempatkan gelombangnya pada magnitud 5.3.
Phivolcs berkata tiada kerosakan dijangkakan namun berlakunya kejutan lanjur.
Filipina terletak di Lingkaran Api Pasifik di mana plat benua berlanggar, mengakibatkan aktiviti gempa bumi dan gunung berapi. – Xinhua