Monday, May 12, 2025
30.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gempa bumi dari gunung berapi gegar DR Congo

    GOMA, DR CONGO, 26 MEI – Bandar Goma di timur laut DR Congo dikejutkan hari ini dengan gegaran dari gunung berapi Nyiragongo yang berdekatan selepas empat hari letusannya, merosakkan beberapa bangunan dengan teruk, kata seorang wartawan AFP.

    Penduduk merasakan gegaran itu secara berkala sepanjang malam, dengan dua gegaran kuat dari gunung berapi paling aktif di Afrika mencetuskan penggera yang meluas dan menyebabkan orang ramai ketakutan lari dari rumah mereka.

    Agensi pemantauan seismik RSM di negara Rwanda, dekat sempadan Goma, mengatakan telah mengesan gempa berkekuatan 5.1 magnitud pada pukul 5:46 pagi, diikuti oleh gegaran berukuran 4.1 magnitud pada 6:12 pagi. Sebanyak 32 orang telah terbunuh dan kira-kira 5,000 dikhuatiri kehilangan tempat tinggal setelah gunung berapi meletus Sabtu lalu, menurut PBB.

    Bandar tepi laut yang berjumlah 1.5 juta orang penduduk terletak sekitar belasan kilometer dari gunung berapi. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda