BEIJING, 9 Ogos – China bergegas hari ini untuk mencari mangsa satu gempa bumi kuat yang melanda kawasan pergunungan di barat daya, membunuh sekurang-kurangnya 19 orang dan menggegarkan rantau di mana kenangan bencana seismik besar pada tahun 2008 masih segar.
Gempa bumi dengan magnitud 6.5 melanda wilayah Sichuan lewat semalam, mengakibat rekahan di lebuh raya, melonggarkan runtuhan batu, merosakkan struktur dan mendorong penduduk dan pelancong yang panik melarikan diri ke kawasan terbuka.
Beribu-ribu orang, termasuk kebanyakan pelawat ke taman negara popular berhampiran pusat gempa, masih tinggal di kawasan luar semalaman, menurut laporan, dan sedang dipindahkan ke tempat selamat hari ini tatkala keadaan masih membimbangkan dengan lebih daripada 1,000 gegaran lanjutan yang melanda seluruh rantau. – AFP (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)