Gempa bumi di Sabah, Indonesia

KUALA LUMPUR/JAKARTA, 10 MAC – Gempa bumi lemah bermagnitud 3.3 pada skala Richter dilaporkan berlaku di perairan Kota Marudu, Sabah tengah malam tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa kejadian berlaku pada pukul 12.48 malam, pada kedalaman 10km, kira-kira 22km Timur Laut, Kota Marudu. Gegaran mungkin dirasai di persekitaran kawasan gempa itu.

Dalam pada itu, Indonesia turut mencatatkan gempa bumi sederhana bermagnitud 5.0 pada skala Richter menggegarkan kawasan Bogor, Jawa Barat yang terletak kira-kira 83 kilometer dari Kota Jakarta. – Bernama