Gempa bumi di Sulawesi, tiada korban jiwa

JAKARTA, 7 NOV – Gempa bumi ber-ukuran 6.2 magnitud berlaku di luar wilayah utara Sulawesi di bahagian timur Indonesia kelmarin, namun tiada laporan awal mengenai kerosakan atau kematian dikeluarkan, menurut agensi dan pegawai bencana.

Agensi Metrologi, Kaji Cuaca dan Geofizik tidak mengeluarkan sebarang amaran tsunami di mana gempa tersebut tidak berpotensi menyebabkan ombak besar.

Gempa yang menggegarkan Jakarta pada pukul 9:37 malam waktu tempatan dengan pusat gegaran 71 kilometer tenggara Daerah Bolaang Mongodow dan kedalaman 20 kilometer di bawah dasar laut, menurut laporan agensi.

Ketua Agensi Pengurusan Bencana Wilayah, Joi Oroh berkata tiada laporan awal mengenai korban jiwa atau kerosakan yang berpunca daripada gempa.

Di dua kawasan yang paling teruk terjejas, daerah timur Bolaang Mongondow dan bandar Kotamobgu, pegawai berkata mereka tidak menerima sebarang laporan mengenai kerosakan dan kematian selepas gempa.

Indonesia sering merekodkan kejadian gempa disebabkan kedudukan negara tersebut yang berada di Lingkaran Api Pasifik. – Xinhua