Gempa bumi gegar Bandung

JAKARTA, 11 Feb – Gempa bumi bermagnitud 4.1 pada Skala Richter menggegarkan tenggara Bandung, Jawa Barat tengah hari ini.

Gempa berpusat di 17 Km Tenggara Kabupaten Bandung, Jawa Barat itu berlaku pada jam 1.08 minit waktu Indonesia Barat.

Menurut Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG), gegaran gempa itu dirasai di daerah Bojongsoang dan Banjaran Kabupaten Bandung .

Tiada ancaman tsunami dikeluarkan. – Bernama