Thursday, April 24, 2025
29.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gempa bumi gegar Iraq

    BAGHDAD, 11 Jan – Beberapa gempa bumi berukuran lebih dari 5 magnitud hari ini melanda kawasan sempadan di negara jiran Iran dan dirasai di timur dan tengah Iraq, menurut laporan laman sesawang geologi dan televisyen rasmi Iraq.

    Gempa pertama berukuran 5.5 magnitud melanda kawasan pada kira-kira jam 10:00 pagi (0700 GMT), terletak kira-kira 18 kilometer dari timur bandar Mandly di sempadan Iran dengan kedalaman 10 kilometer, menurut Jabatan Geologi AS (USGS ).

    Satu lagi gempa berukuran 5.2 magnitud pada kira-kira 10:14 pagi (0714 GMT), dengan kedalaman 10 km, berhampiran dengan gempa yang pertama berdekatan Mandly, kata USGS.

    Beberapa gempa bumi lain melanda Iran timur, menurut USGS, dan turut dirasai di wilayah timur dan timur Iraq.

    Saluran Iraqiya yang dikendalikan oleh kerajaan mengesahkan gempa bumi yang dirasakan di wilayah Baghdad, Diyala, Wasit dan Salahudin, dan tiada kecederaan dilaporkan.

    Pada 12 November, gempa bumi yang besar berukuran 7.2 magnitud melanda wilayah Darbnandi-Khan di wilayah utara Iraq di Sulaimaniyah, dan menyebabkan lapan orang terbunuh dan beratus-ratus lagi cedera. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda