Gempa bumi gegarkan Filipina

MANILA, 13 SEPT – Satu gempa bumi melanda timur ibu negara, Manila, Filipina hari ini mengakibatkan bangunan bergegar dan orang panik sehingga berlari ke jalan raya, namun pihak berkuasa mengatakan mereka tidak menjangkakan sebarang kerosakan.

Gempa bumi 5.2 magnitud itu menggegarkan pesisir pantai berhampiran pulau yang jarang penduduk, Polillo, kira-kira 130km dari Manila, menurut Jabatan Geologi AS.

Bangunan di ibu negara dikosongkan seketika dan kereta api pula dihentikan operasinya ketika pihak keselamatan memeriksa sebarang kerosakan selepas beberapa gegaran susulan berlaku.

“Ini adalah gempa bumi sederhana dan kami tidak menjangkakan kerosakan setakat ini berdasarkan laporan yang kami terima,” menurut pengarah institut seismologi kebangsaan, Renato Solidium memberitahu CNN Filipina. –AFP

Pekerja pejabat berdiri di luar bangunan selepas gempa bumi menggegarkan bangunan di Manila, 13 September. –AFP