TEHRAN, Iran, 14 Mei – Televisyen kerajaan Iran melaporkan gempa bumi sekuat 5.7 magnitud telah meragut tiga nyawa dan kira-kira 200 orang lagi mengalami kecederaan di kawasan terpencil di timur laut negara ini.
Gempa bumi yang melanda lewat Sabtu telah mengegarkan bandar Pishqaleh, sebuah kawasan pertanian berhampiran dengan sempadan Turkmenistan, dengan jumlah penduduk kira-kira 2,000 orang, kira-kira 800 kilometer (498 batu) timur laut ibu Tehran.
Gempa bumi itu mencetuskan gangguan kuasa dan laporan TV berkata gempa bumi itu merosakkan beberapa bangunan di kampung-kampung berdekatan.
Gempa bumi dengan 5.7 magnitud itu berpotensi untuk menyebabkan kerosakan yang besar.
Iran terdedah kepada gempa setiap hari disebabkan kedudukannya yang berada di garisan utama berlakunya bencana. Pada tahun 2003, gempa bumi sekuat 6.6. magnitud memusnahkan bandar bersejarah Bam, membunuh 26,000 orang. – AP