Gempa bumi kuat gegar Greece

ATHENS, 27 NOV – Gempa bumi kuat dengan magnitud 6.1 menggegar pulau Greece Crete hari ini dan dirasai di kawasan lain dalam negara, kata pegawai.

“Ia merupakan gempa bumi besar, seluruh pulau bergegar namun nasib baik setakat ini tidak ada kerosakan yang telah dilaporkan,” beritahu gabernor kawasan Crete Stavros Arnaoutakis kepada TV ERT.

Balai Cerap Athens berkata gempa bumi melanda pada pukul 9:23 pagi dan mempunyai kedalaman lebih 70 kilometer.

Gegaran berlaku sehari selepas gempa bumi dengan magnitud 6.4 di Albania yang telah membunuh lebih 20 orang dan mencedera beratus lagi.

Sejurus selepas gegaran Albania, gegaran lanjutan dengan magnitud 5.4 melanda Bosnia, lapor Pusat Seismologi Eropah-Mediterranean semalam. – AFP