Gempa bumi kuat gegar Sulawesi

JAKARTA, 23 JUN – Satu gempa bumi 5.9 magnitud menggegarkan pulau Sulawesi, Indonesia hari ini, Jabatan Geologi Amerika Syarikat (USGS) melaporkan, namun tidak ada amaran tsunami atau laporan segera mengenai kerosakan.

Gempa bumi pesisir pantai itu melanda pada kedalaman 102km dengan pusat gempa pada sekitar 97.5km ke tenggara-timur bandar Gorontala di Sulawesi Utara, menurut USGS.

Gempa bumi cetek sering kali mengakibatkan lebih banyak kerosakan daripada gempa yang lebih dalam. – AFP