Gempa bumi kuat gegar Thailand-Laos

BANGKOK, 21 NOV – Gempa bumi cetek berukuran 6.1 magnitud telah menggegarkan barat laut Laos dekat sempadan Thailand awal hari ini, lapor Jabatan Geologi Amerika Syarikat (USGS), dengan gegaran di bangunan-bangunan dapat dirasakan bukan saja oleh penduduk tempatan namun juga di Bangkok.

Gempa bumi itu melanda pada jam 6:50 pagi, kira-kira tiga jam selepas gempa bumi berukuran 5.7 magnitud di rantau sama mencetuskan penghentian serta-merta terhadap loji tenaga berkapasiti besar Loas yang terletak dekat pusat gempanya.

Gegaran dapat dirasakan lebih 700km jauhnya dari bandar Thailand, di mana Pope Francis sedang mengadakan lawatan empat hari ini.

“Gegaran itu….menjadi kejutan utama dari gempa bumi di Laos pada jam 6:50 pagi dan dirasakan di utara dan timur laut Thailand dan Bangkok serta sub bandarnya,” kata Sophon Chaila, seorang pegawai di Jabatan Meteorologi Thailand.

Jabatan itu berkata gempa bumi itu menjejaskan sembilan wilayah di Thailand yang disusuli dengan kejutan lanjur kecil.

Bencana tersebut turut menjadi tajuk bualan dalam laman Twitter di Thailand, di mana penduduk berkongsi video tiang lampu dan bidai cermin bergegar di bangunan-bangunan pejabat.

Penduduk di bandar Vietnam, Hanoi juga merasakan gegaran bangunan.– AFP