Gempa bumi kuat landa kepulauan Greece, Crete

ATHENS, GREECE, 12 OKT – Gempa bumi kuat menggegarkan kepulauan Greece, Crete hari ini, tiga minggu setelah gempa bumi lain mengorbankan seorang lelaki dan memusnahkan ratusan bangunan.

Institut Geodinamik di Athens mengatakan gempa bumi bawah laut tersebut mempunyai skala magnitud 6.3 dan berlaku di pesisir pantai timur pulau itu. Gempa bumi dengan magnitud 4.1 dan 4.6 dipercayai merupakan gempa bumi susulan yang berlaku beberapa minit kemudian, kata institut itu.

Tidak ada laporan segera mengenai kerosakan atau kecederaan yang serius. Pihak berkuasa mengatakan polis dan anggota bomba memeriksa bangunan di Crete timur untuk kerosakan dan berusaha untuk pergi ke beberapa kampung yang terpencil yang lebih dekat dengan pusat gempa bumi tersebut.

Gempa bumi itu juga dirasakan di pulau-pulau Greece di sebelah timur Crete, termasuk Karpathos, Kassos dan Rhodes. Pegawai di Karpathos memberitahu The Associated Press bahawa mereka tidak menerima laporan mengenai kerosakan serius. – AP