Saturday, June 10, 2023
27.6 C
Brunei

    -

    Gempa bumi landa luar PNG

    SYDNEY, 13 Julai – Satu gempa bumi berukuran 6.4 magnitud menggegarkan Papua New Guinea (PNG) hari ini, kata pihak berkuasa namun tiada amaran tsunami dikeluarkan.

    Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) berkata, gempa berlaku pada kedalaman 46 kilometer berhampiran rantau tidak ramai penduduk di New Ireland, terletak 110 kilometer di tenggara bandar Kokopo. Pusat Amaran Tsunami Pasifik berpusat di Hawaii menolak berlaku tsunami manakala Geoscience Australia menganggarkan sebarang kerosakan hanya berlaku dalam lingkungan 49 kilometer.

    Gempa bumi sering berlaku berhampiran PNG, yang terletak di atas plet Pasifik Australia sepanjang 4,000 kilometer. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Jepun semak semula undang-undang

    TOKYO, 9 JUN - Jepun meluluskan undang-undang imigresen yang membenarkan kerajaan menghantar pulang pencari suaka yang gagal, walaupun mendapat tentangan daripada parti pembangkang dan...
    - Advertisment -