Gempa bumi landa Mindanao

KUALA LUMPUR, 16 OGOS – Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.5 pada skala Richter berlaku di Mindanao, Filipina 3:22 petang ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa itu berlaku di kedudukan 123 kilometer barat daya dari Bandar Cotabato, Filipina dengan kedalaman 578 kilometer. Bagaimanapun, kejadian itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia. – Bernama