Saturday, April 20, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Gempa bumi landa selatan laut Maluku

    KUALA LUMPUR, 21 OGOS – Gempa bumi sederhana berukuran lima skala Richter dikesan berlaku di Selatan Laut Maluku, Indonesia pada 1:08 tengah hari tadi.

    Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan gempa itu dilaporkan berlaku pada jarak 195km selatan dari Tomohan, Indonesia, pada kedalaman 58km.

    Bagaimanapun, berdasarkan penilaian awal, kenyataan itu memberitahu gempa berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...