BEIJING, 10 NOV – Gempa bumi berukuran 5.6 magnitud telah menggegarkan Daerah Medog di Bandar Nyingchi, Wilayah Autonomi Tibet di barat daya China, pada 1:01 tengah hari ini waktu Beijing, menurut Pusat Rangkaian Gempa Bumi China (CENC).
Menurut Xinhua, pusat gempa dikesan pada 28.35 darjah lintang utara dan 94.48 darjah bujur timur, dengan kedalaman 10km, kata CENC. – Bernama