Gempa bumi landa Utara Laut Maluku

KUALA LUMPUR, 16 APRIL – Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.6 pada skala Richter berlaku di Utara Laut Maluku, 85 kilometer Barat dari  Ternate, Indonesia pukul 5:03 pagi tadi.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia gempa bumi itu berlaku pada kedudukan 1.0 darjah Utara dan 126.7 darjah Timur di kedalaman 10 kilometer.

Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. – Bernama