Gempa bumi landa utara Sumatera

KUALA LUMPUR, 14 SEPT – Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.0 pada skala Richter melanda utara Sumatera, Indonesia pada 2:28 pagi tadi.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gegaran itu berlaku kira-kira 75 kilometer (km) timur dari Meulaboh, Indonesia pada kedalaman 120km.

Bagaimanapun, kejadian berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia. – Bernama