Gempa bumi lemah dikesan di Semporna

KOTA KINABALU, 2 SEPT – Gempa bumi lemah berukuran 3.2 skala Richter dikesan berlaku di Semporna pada pukul 1.45 tengah hari tadi. 

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan hari ini memaklumkan gempa bumi itu berlaku di koordinat 4.6 darjah utara dan 118.3 darjah timur di Semporna. 

“Gempa bumi itu dikesan 10 kilometer selatan dari Kunak dengan kedalaman 10 kilometer. 

“Gegaran mungkin dirasai di sekitar Semporna dan Kunak. MetMalaysia akan terus memantau keadaan ini,” menurut kenyataan itu. – Bernama