Saturday, September 23, 2023
23.7 C
Brunei

    -

    Gempa bumi lemah Ranau: Gegaran dirasai

    RANAU, 31 OGOS – Gegaran kecil akibat gempa bumi lemah berukuran 3.7 pada skala Richter di sini dirasai orang ramai di kawasan itu, namun tiada insiden yang tidak diingini berlaku.

    Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia, Ranau, Ridwan Mohd Taib berkata pihaknya juga tidak menerima sebarang laporan atau panggilan kecemasan daripada orang awam akibat gempa bumi itu.

    “Selepas berlakunya gegaran berkenaan kami telah menjalankan pemantauan dan pemeriksaan ba-ngunan di sekitar Ranau, semua dalam keadaan baik.

    “Orang ramai dinasihatkan bertenang dan laporkan kepada pihak bomba jika berlaku sebarang insiden kecemasan,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

    Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan hari ini memberitahu gempa bumi lemah itu berlaku kira-kira 7:13 pagi tadi dan pusat gempa bumi itu terletak di 6.1 darjah utara dan 116.6 darjah timur dengan kedalaman 5km iaitu 13km barat laut dari Ranau. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih 30,000 orang dibawa ke hospital akibat strok haba

    TOKYO, 22 SEPT – Jepun pada Ogos menyaksikan sejumlah 34,835 individu dibawa ke hospital di seluruh negara dengan gejala strok haba, ketika negara itu...