Gempa bumi magnitud 7.8 gegar Alaska

WASHINGTON, 22 JULAI – Gempa bumi magnitud 7.8 melanda semenanjung Alaska, mencetuskan amaran tsunami di kawasan yang jaraknya 200 batu.

Bunyi bising siren mengingatkan penduduk supaya berpindah ke kawasan pedalaman atau ke kawasan tinggi, menurut laporan.

Gempa melanda pada 0612 GMT hari ini kira-kira 500 batu dari barat daya Anchorage, dan sekitar 60 batu selatan-tenggara petempatan terpencil Perryville, kata Jabatan Geologi AS.

“Berdasarkan parameter gempa bumi awal, gelombang tsunami berbahaya mungkin melanda pantai yang terletak 300km dari pusat gempa bumi,” kata Pusat Amaran Tsunami Pasifik.

Satu amaran tsunami untuk semenanjung Alaska dan selatan Alaska dibatalkan kemudian hanya selepas ombak kecil dicatat. – AFP