Gempa bumi sederhana gegar selatan Sumatera

KUALA LUMPUR, 10 JUN – Gempa bumi sederhana berukuran 5.6 pada skala Richter melanda selatan Sumatera, Indonesia pada 12:35 tengah hari ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa itu berlaku di kedudukan 192 kilometer barat laut dari Bengkulu, Indonesia dengan kedalaman 60 kilometer.

Bagaimanapun, ia tidak membawa sebarang ancaman tsunami kepada Malaysia. – Bernama