Gempa bumi sederhana landa Ibaraki

TOKYO, 1 NOV – Gempa bumi berukuran 5.2 pada skala Richter melanda wilayah Ibaraki, Jepun pada Isnin, menurut Agensi Meteorologi Jepun.

Agensi berita Xinhua melaporkan gempa berlaku kira-kira 6.14 pagi waktu tempatan, dengan pusat gempanya pada garisan lintang 36.5 darjah utara dan garisan bujur 140.6 darjah timur, dan pada kedalaman 60 kilometer.

Gegaran turut direkodkan bermagnitud empat di beberapa bahagian di wilayah Ibaraki dan Fukushima. 

Setakat ini tiada amaran tsunami dikeluarkan.  – Bernama