Gempa cetus tsunami kecil di Alaska

LOS ANGELES, 20 OKT – Gempa berukuran 7.5 magnitud yang berlaku di persisiran Alaska mencetuskan tsunami kecil kelmarin, menurut agensi Amerika Syarikat (AS), namun tiada laporan mengenai korban atau kerosakan.

Penduduk telah berpindah ke kawasan yang lebih tinggi kerana amaran tsunami meliputi sebahagian besar pantai selatan negara terkecil AS, termasuk Semenanjung Alaska yang mempunyai penduduk yang padat, menurut Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan (NOAA).

Ombak berukuran dua kaki telah dicatatkan di bandar berhampiran Sand Point, kira-kira 60 batu dari pusat gempa yang melanda pada kedalaman 25 batu.

Zon yang berisiko diperluaskan beratus-ratus batu ke timur laut hingga Cook Inlet. Tetapi berakhir di bandar Anchorage, bandar terbesar negeri tersebut, terletak kira-kira 600 batu dari pusat gempa dan berakhir di hujung jurang itu.

Dan amaran tsunami telah dikurangkan kepada amaran yang kurang memberi ancaman, dengan NOAA menyatakan bahawa kawasan yang terkesan ‘tidak akan menjangkakan banjir yang lebih meluas’.

Penduduk berpindah ke kawasan yang lebih tinggi selepas menerima amaran tsunami apabila gempa berukuran 7.5 magnitud berlaku. – AP

Gempa tersebut turut dirasai berhampiran kawasan Semenanjung Alaska, King Cove, tetapi segala-galanya tampak tidak terkesan, pentadbiran bandar, Gary Hennigh memberitahu akhbar harian, Anchorage. Penduduk di Cold Bay, Michael Ashley berkata gempa tersebut dapat dirasai.

“Semua perabot, tempat duduk dan almari buku bergerak dan saya terpaksa memegangnya (agar tidak jatuh),” katanya kepada wartawan.

Menurut Jabatan Geologi AS, gempa tersebut ‘tidak akan menyebabkan kematian dan kemusnahan’.

Gempa susulan sekurang-kurangnya berlaku lima kali dengan kekuatan 5.0 magnitud atau lebih tinggi.

Gempa kelmarin berlaku hampir tiga bulan selepas gempa berukuran 7.8 magnitud yang melanda kawasan berhampiran. – AFP