Gempa di sempadan Timur Turki, 7 maut

ISTANBUL, 23 FEB – Menteri Dalam Negeri Suleyman Soylu berkata hari ini tujuh orang termasuk tiga kanak-kanak di timur Turki setelah gempa berukuran 5.7 magnitud melanda negara jirannya Iran, kata agensi berita Anadolu itu.

Lima orang cedera dan dibawa ke hospital, kata Soylu. Manakala berberapa orang lagi dipercayai terperangkap di bawah runtuhan.

“Usaha mencari dan menyelamat sedang dijalankan,” jelasnya.

Pusat gempa yang berlaku pada 9:23 pagi, terletak berhampiran kampung Habash-e Olya di Iran, kurang daripada 10 kilometer dari sempadan Turki, menurut USGS.

Anadolu berkata gempa itu mengakibatkan kerosakan di beberapa kampung di wilayah Van yang berdekatan.

Wilayah itu juga pernah dilanda gempa pada awal bulan ini yang mengorbankan 41 jiwa. – AFP