Gempa gegar Uyugan

HONG KONG, 15 APRIL – Gempa bumi dengan kekuatan 5.0 pada skala Richter menggegar Uyugan, Filipina hari ini sekitar jam 02:01 waktu tempatan, menurut pusat Jabatan Geologi Amerika Syarikat.

Agensi berita Xinhua melaporkan pusat gempa pada kedalaman 10.0 kilometer, di 19.9735 darjah utara dan 122.0737 darjah timur. – Bernama