Gempa kuat gegar barat daya Maluku

JAKARTA, 20 Feb – Gempa bumi bermagnitud 5.9 pada Skala Richter menggegarkan kawasan barat daya Maluku Utara, Indonesia pagi ini.

Gempa berpusat di 130Km barat daya Ternate-Maluku Utara itu berlaku pukul 7:10 pagi waktu Indonesia Barat.

Menurut Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG) Indonesia, gegaran gempa itu dirasakan di Manado, Bitung dan Kotamobagu.

Tiada ancaman tsunami dilaporkan. Setakat ini belum terdapat laporan kesan atau impak gempa itu kepada penduduk dan kawasan setempat. – Bernama