Tuesday, April 16, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Gempa kuat gegar Kepulauan Solomon

    WELLINGTON, 22 NOV – Satu kejadian gempa kuat berukuran 7 magnitud menggegarkan Kepulauan Solomon hari ini, menyebabkan orang ramai bergegas menuju ke kawasan tinggi.

    Tiada laporan segera mengenai sebarang kerosakan atau kecederaan, meskipun Perdana Menteri Australia berkata bumbung di Suruhanjaya Tinggi Australia runtuh. Amaran tsunami yang sebelum ini dikeluarkan telah ditarik balik.

    Jurucakap Kerajaan Kepulauan Solomon, George Herming berkata dia berada di pejabatnya di tingkat dua di Honiara, apabila gempa menggegarkan bandar tersebut. Dia merangkak ke bawah meja.

    “Gempa yang sangat kuat telah mengejutkan semua orang,” kata Herming.

    Herming berkata Kepulauan Solomon, yang mempunyai kira-kira 700,000 orang penduduk, tidak mempunyai bangunan tinggi yang mungkin terdedah kepada gempa.

    Dia berkata gempa tersebut mencetuskan panik di sekitar bandar dan keadaan lalu lintas sesak disebabkan orang ramai cuba pergi ke kawasan tinggi.

    Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese berkata semua kakitangan di Suruhanjaya Tinggi Australia berada dalam keadaan selamat.

    “Semua kakitangan telah dipindahkan ke kawasan tinggi kerana amaran tsunami telah dikeluarkan.

    “Pegawai di Suruhanjaya Tinggi kami cuba mendapatkan pengesahan mengenai keselamatan warga Australia di sana. Ia sangat sukar kerana hubungan telefon terputus,” kata Albanese. – AP

    Penduduk Kepulauan Solomon berkumpul di luar bangunan di Honaiara selepas kejadian gempa, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Iran tutup sementara kemudahan nuklear

    TEHRAN, 16 APRIL – Iran menutup sementara kemudahan nuklearnya atas ‘pertimbangan keselamatan’ susulan serangan peluru berpandu dan dron besar-besarannya ke atas Israel pada hujung...