Gempa kuat gegar Turki

ANKARA, 19 OKT – Gempa bumi kuat melanda pesisir Mediterranean Turki hari ini, menurut agensi pengurusan bencana Turki.

Walau bagaimanapun tiada sebarang kerosakan atau korban jiwa segera dilaporkan. Pengarah Pengurusan Bencana dan Kecemasan Turki berkata gempa di dasar laut berukuran 6.0 magnitud melanda 189 kilometer dari bandar Kas, di wilayah Antalya, pada jam 8:32 pagi.

Gabenor Kas, Saban Arda Yazici berkata pihak berkuasa tidak menerima sebarang laporan mengenai kerosakan atau kecederaan di Kas atau kawasan sekitarnya. Turki berada di kedudukan garisan sesar dan kejadian gempa sering berlaku. – AP