Thursday, April 18, 2024
28.5 C
Brunei

    -

    Gempa kuat landa luar pesisir Taiwan

    TAIPEI, 3 JAN – Gempa bumi kuat melanda luar pantai timur Taiwan malam ini dengan gegaran turut dirasai di ibu kota Taipei, namun pihak berkuasa berkata tidak ada laporan mengenai kerosakan atau kecederaan.

    Jabatan Geologi Amerika Syarikat (USGS) berkata gempa itu berukuran 6.2 skala Richter dan melanda pada kedalaman 28km. Pusat gempa berlaku di laut 64km timur bandar pesisir Hualien.

    Jabatan Bomba Taiwan berkata laporan impak awal memaklumkan hanya sebilangan orang yang tersekat dalam lif yang sudah pun diselamatkan.

    Tidak ada laporan besar mengenai kemusnahan kepada kemudahan kediaman.

    Seorang wartawan AFP di Taipei berkata bangunan-bangunan bergoyang kuat ketika gegaran berlaku semasa waktu sibuk jam 5:46 petang waktu tempatan.

    “Gegaran berlarutan sekitar 20 saat dengan tanah bergerak ke kiri dan kanan,” kata wartawan.

    Sistem landasan kereta api MRT Taipei kekal beroperasi selepas gempa bumi itu.

    Morgan Everett, seorang warga Amerika yang tinggal di Taiwan selama 13 tahun, berkata gempa bumi itu ‘salah satu paling kuat yang pernah dirasakannya’ di sana.

    “Dua anak lelaki saya berada dalam lif bangunan ketika pulang dari sekolah, yang mana ia sedikit menakutkan,” ujarnya kepada AFP. – AFP

    Penumpang keluar dari stesen MRT di Xindian di New Taipei City setelah gempa bumi kuat di timur Taiwan, pada 3 Januari. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Utusan AS ke PBB berikrar sokong keluarga Jepun yang diculik Korea...

    TOKYO, 18 APRIL - Amerika Syarikat (AS) berdiri bersama Jepun sehingga semua warga Jepun yang diculik oleh Korea Utara beberapa dekad lalu pulang ke...