Friday, April 19, 2024
23.5 C
Brunei

    -

    Gempa kuat landa Mexico, dua maut

    BANDARAYA MEXICO, 22 SEPT – Dua maut ketika bergegas menyelamatkan diri daripada gempa bumi kuat sehingga menggegarkan Mexico, hari ini.

    Mangsa, seorang wanita maut selepas kepalanya terhantuk akibat terjatuh dari tangga manakala mangsa kedua mengalami serangan jantung.

    Agensi seismologi negara melaporkan, pusat gempa bumi berukuran 6.9 magnitud itu terletak berhampiran pantai Pasifik, 84 kilometer di selatan Coalcoman di negeri barat Michoacan.

    Ia adalah yang paling kuat daripada lebih 1,200 gegaran susulan daripada gempa bumi berukuran 7.7 magnitud yang melanda kawasan yang sama Isnin lalu.

    Gegaran itu menyebabkan dua orang maut di barat Mexico, merosakkan beberapa ribu bangunan dan mencetuskan panik lebih 400 kilometer jauhnya di Bandaraya Mexico.

    Gempa bumi terbaharu sekali lagi mencetuskan penggera di ibu negara sejurus selepas 1 pagi dan menyebabkan bangunan bergegar dan bergoyang.

    Presiden Mexico, Andres Manuel Lopez Obrador, berkata gegaran susulan 6.9 magnitud dialami dengan pusat gempa di Coalcoman.

    “Ia dirasai di Michoacan dan negeri lain di Colima, Jalisco, Guerrero dan Bandaraya Mexico. Setakat ini tiada laporan kerosakan,” katanya dalam ciapan di Twitter. – AFP

    Penduduk berkumpul di luar selepas gempa bumi terasa di Bandar Mexico kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...