Friday, February 14, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gempa landa Korea U bukan ujian nuklear

    SEOUL, 13 Julai – Satu gempa bumi bawah laut di luar pantai Korea Utara bukan disebabkan ujian nuklear, lapor media Korea Selatan.

    Menurut United States Geological Survey (USGS), gempa dengan magnitud 5.9 berlaku kira-kira 190 kilometer di selatan timur bandar ketiga terbesar negara penentang itu, Chongjin, pada awal pagi ini.

    Korea Utara melancarkan lima ujian nuklear termasuk dua tahun lalu dan membuat satu perkembangan ketara dalam keupayaan peluru berpandunya di bawah pentadbiran Kim Jong Un yang mengambil alih kuasa pada 2011.

    Namun gempa itu, yang tidak mencetuskan amaran tsunami, bukan disebabkan ujian nuklear, lapor agensi berita Yonhap memetik pakar geologi, John Bellini sebagai berkata. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda