Wednesday, April 24, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Gempa magnitud 6.2 landa timur Tokyo

    TOKYO, 26 MEI – Gempa kuat berukuran 6.2 magnitud menggegarkan bangunan di Tokyo hari ini, tetapi tiada amaran tsunami dikeluarkan dan tiada laporan segera mengenai kerosakan atau kecederaan.

    Gempa bumi melanda di pantai wilayah Chiba, timur ibu negara Jepun, sejurus selepas 7 malam, menurut agensi meteorologi negara itu.

    Perkhidmatan kereta api dihentikan seketika di kawasan itu dan landasan di Lapangan Terbang Narita, pintu masuk antarabangsa ke Tokyo, ditutup buat sementara waktu apabila gempa melanda.

    Tiada keadaan luar biasa dikesan di loji nuklear di rantau yang lebih luas, kata pihak berkuasa nuklear negara.

    Agensi Meteorologi Jepun berkata gempa itu mempunyai kedalaman 50 kilometer. Kajian Geologi Amerika Syarikat (AS) merekodkan magnitud yang sama dan kedalaman yang sama iaitu 44 kilometer.

    Papan mesej elektronik di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita di Narita, timur Tokyo, menunjukkan notis gempa bumi yang berlaku pada 26 Mei. – AP

    Beberapa saat sebelum penduduk Tokyo berasa gementar, sistem amaran awal negara untuk gempa bumi mendorong rangkaian televisyen untuk memaklumkan berlakunya gegaran yang mungkin kuat.

    Jepun mempunyai peraturan pembinaan yang ketat bertujuan untuk memastikan bangunan dapat menahan gempa bumi yang kuat, dan secara rutin mengadakan latihan kecemasan untuk persediaan menghadapi bencana besar.

    Pada awal Mei, gempa bumi bermagnitud 6.3 melanda wilayah tengah Ishikawa, menyebabkan seorang maut dan 49 cedera.

    Negara itu dihantui ingatan tentang gempa bumi besar 9.0 pada skala richter di timur laut Jepun pada Mac 2011, yang mencetuskan tsunami yang menyebabkan kira-kira 18,500 orang mati atau hilang. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Dua gempa berukuran 6 dan 6.3 magnitud landa timur Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Dua gempa bumi berukuran 6 dan 6.3 magnitud melanda tengah Daerah Hualien di timur Taiwan masing-masing pada 2:26 pagi dan 2:32 pagi ini,...