Gempa sederhana landa Indonesia

KUALA LUMPUR, 20 JUN – Gempa bumi sederhana berukuran 5.2 pada skala Richter dilaporkan berlaku di selatan Sumatera, Indonesia.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa bumi pada 5:12 pagi tadi berlaku di kedudukan 110 kilometer (km) selatan dari Bengkulu, Indonesia pada kedalaman 57km. Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. – Bernama