TEHRAN, Iran, 6 Jan – Satu gempa bumi berukuran 5.1 magnitud telah melanda sebuah kampung pedalaman di selatan Iran hari ini, membunuh empat orang dan mencederakan empat yang lain, lapor televisyen kerajaan Iran. TV berkenaan berkata gempa bumi melanda pada awal pagi di kampung Saifabad berhampiran bandar Khonj, kira-kira 1,000km selatan bandar tersebut, di Tehran.