Gencatan senjata di Syria tergugat

BEIRUT, 3 Jan – Gencatan senjata di Syria nampaknya terancam ketika pasukan kerajaan menggigihkan serangan mereka berhampiran Damsyik dan kira-kira 10 buah kumpulan pemberontak berkata mereka menangguhkan rundingan bulan ini tentang rundingan damai yang dirancangkan.

Rundingan dianjurkan oleh Rusia, yang menyokong rejim Syria dan Turki dan Iran, yang menyokong para pemberontak.

“Ketika pencabulan ini berterusan, kumpulan-kumpulan pemberontak mengumumkan pembekuan semua rundingan berkaitan rundingan Astana,” menurut mereka dalam satu kenyataan bersama.

Para pemberontak berkata mereka ‘menghormati gencatan senjata di seluruh Syria, tetapi pihak rejim dan sekutu-sekutunya tidak berhenti menembak dan telah melancarkan pencabulan besar dan kerap, terutamanya di rantau-rantau pemberontak Wadi Barada dan Timur Ghouta’ berhampiran Damsyik, menurut mereka.

Dalam tempoh dua minggu lalu, malah sebelum bermulanya gencatan seluruh negara yang mana Ankara dan Moscow telah menjadi pihak pengantaranya, pasukan tentera udara Syria telah melancarkan serangan pengeboman hampir setiap hari di Wadi Barada, kira-kira 15 kilometer dari Damsyik.

Gambar fail pada 30 Disember 2016 menunjukkan seorang warga Syria berjalan melintasi sebuah bangunan yang musnah di bandar yang dikuasai pemberontak di Douma, di pinggir timur Damsyik. Gencatan senjata di Syria nampaknya terancam ketika pasukan kerajaan menggigihkan serangan mereka berhampiran Damsyik. – AFP
Gambar fail pada 30 Disember 2016 menunjukkan seorang warga Syria berjalan melintasi sebuah bangunan yang musnah di bandar yang dikuasai pemberontak di Douma, di pinggir timur Damsyik. Gencatan senjata di Syria nampaknya terancam ketika pasukan kerajaan menggigihkan serangan mereka berhampiran Damsyik. – AFP

“Sebarang kemaraan di daratan melanggar perjanjian gencatan senjata dan jika keadaan tidak kembali kepada keadaan sebelumnya, perjanjian akan dianggap batal dan tidak sah,” tambah kenyataan pihak pemberontak.

Semalam, tentera Syria yang dibantu oleh serangan udara dan tembakan artileri mara ketika ia bertempur untuk menawan kawasan itu yang penting bagi bekalan air di bandar itu, menurut Pemerhati Hak Asasi Kemanusiaan Syria.

“Pasukan rejim dan para pejuang dari kumpulan Hizbollah, Lubnan mara di rantau itu dan kini berada di pinggir Ain al-Fijeh, sumber utama air di kawasan itu,” menurut Rami Abdel Rahman, pengarah kumpulan pengawas. – AFP