Generasi ke-2 Peugeot 2008 bakal diperkenalkan di Brunei

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 MEI – Generasi kedua Peugeot 2008 yang menampilkan rekaan sport bakal memasuki pasaran Brunei apabila TCY Motors akan memperkenalkannya tidak lama lagi.

Menurut kenyataan yang diterima daripada TCY Motors, apa yang menarik dengan generasi ke-2 Peugeot 2008 adalah dari segi reka bentuknya di mana dengan rekaan sporty dan kualiti binaan yang luar biasa, Peugeot 2008 telah menerima anugerah Red Dot pada Mac 2020 di Jerman.

Peugeot 2008 baharu itu didatangkan dengan peralatan tambahan, termasuk unit infotainment 10″ dengan sistem audio Focal, pengecas Qi, roda 18 inci dan kluster instrumen gabungan digital.

Roda berdiameter besar (690mm), lengkungan roda dan gril menegak membezakannya sebagai kenderaan SUV, sementara lampu cahaya depan dan belakang merupakan ciri-ciri menonjol jenama unggul Peugeot di dunia.

Selain itu, Peugeot i-Cockpit masih menawarkan ciri-ciri ergonomik sempurna dengan roda stereng yang kompak untuk pengendalian dan genggaman yang lebih baik, skrin sentuh HD besar yang mudah dijangkau dan dilihat serta paparan kepala 3D yang inovatif.

Peugeot 2008 generasi kedua yang akan diperkenalkan di pasaran Brunei tidak lama lagi. – Gambar serahan TCY Motors