Wednesday, April 23, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Generasi Millennial, Z pacu pasaran Islam

    KUALA LUMPUR, 19 Okt – Perbelanjaan bagi perjalanan secara dalam talian oleh pelancong Islam, terutama Generasi Millennial dan Z, dijangka melebihi AS$180 bilion menjelang 2026, menurut Laporan Perjalanan Muslim Digital Mastercard-CrescentRating 2018.

    Dalam kenyataan bersama hari ini, MasterCard dan CrescentRating berkata, ia berdasarkan peningkatan kebergantungan kepada Internet, media sosial dan telefon pintar bagi pencarian destinasi dan tempahan perjalanan.

    Ketua Pegawai Eksekutif CrescentRating dan HalalTrip, Fazal Bahardeen berkata laporan itu mengkaji tingkah laku dalam talian dan pilihan pelancong Islam. Beliau berkata, laporan tersebut menyediakan pemahaman mengenai platform dalam talian dan perkhidmatan rangkaian sosial untuk destinasi pelancongan, pengendali perjalanan, syarikat penerbangan serta pihak berkepentingan dalam sektor pelancongan dan hospitaliti, selain membolehkan mereka menilai potensi pasaran Islam. Menurut Laporan Perjalanan Muslim Digital Mastercard-CrescentRating 2018 yang dikeluarkan pada April tahun ini, pasaran perjalanan Islam akan meneruskan pertumbuhan pada kadar pantas untuk mencapai AS$300 bilion menjelang 2026. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda