Genesis adakan reunion untuk jelajah UK

Kumpulan rock British Genesis yang terkenal dengan hit seperti Land of Confusion dan I Can not Dance, mengumumkan rancangan untuk jelajah pertama mereka sepanjang kerjaya mereka dalam masa 13 tahun.

Phil Collins, penyanyi utama dan pemain dram kini bergerak solo, akan menyertai pemain gitar Mike Rutherford dan pemain keyboard Tony Banks untuk jelajah UK yang digelar “The Last Domino?”

Trio tersebut, semuanya berusia 69 tahun akan disertai anak lelaki Collins, Nicholas, 18, yang akan mengambil alih posisi bapanya sebagai pemain dram, dan Daryl Stuermer sebagai pemain gitar dan bass.

Muncul dengan Rutherford dan Bank di radio BBC, Collins berkata mereka akan memainkan campuran hit terbesar dan beberapa lagu lama mereka.

“Ada lagu yang anda rasa perlu dimainkan kerana penonton, anda tahu, akan merasa ditipu jika anda tidak melakukannya,” katanya.

“Dan itu merupakan satu persoalan untuk meletakkan lagu-lagu lain bersama-sama dengan lagu-lagu yang mungkin kami tidak mainkan dalam masa yang lama.”

Genesis telah menjual lebih daripada 100 juta album sejak penubuhannya pada tahun 1966 oleh Banks dan Rutherford bersama dengan Peter Gabriel, yang meninggalkan kumpulan tersebut pada tahun 1975.

Dia digantikan oleh pemain drum Collins bagi posisi vokal, yang meninggalkan kumpulan tersebut pada tahun 1996 untuk bergerak secara solo.

Tiket untuk jelajah itu dijual kelmarin, dengan lapan tarikh UK setakat ini yang disenaraikan di laman web mereka pada bulan November dan Disember lalu. – AFP

Kumpulan rock British Genesis bersatu semula untuk mengadakan jelajah pertama sepanjang kerjaya mereka dalam masa 13 tahun. – AFP