‘Geng Lastik’ tumpas

PENAMPANG, 23 APRIL – ‘Geng Lastik’ yang aktif dalam kegiatan pecah rumah dan curi kenderaan di empat daerah berhampiran iaitu Penampang, Kota Kinabalu, Papar dan Tuaran tumpas selepas penahanan dua suspek lelaki tempatan, minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Penampang, DSP Mohd Haris Ibrahim, berkata kedua-dua suspek masing-masing berumur 27 dan 37 tahun itu ditahan di sebuah apartmen milik salah seorang daripada mereka di Manggatal kira-kira jam 4 petang, 17 April lalu,  hasil pemantauan dan risikan polis selama tiga minggu.

Beliau berkata kedua-dua suspek berjaya ditahan semasa serbuan dijalankan bersama pegawai serta anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang dengan kerjasama JSJ IPD Kota Kinabalu. – Bernama